◉ HEADLINES

Rombongan haji Thailand mahu belajar cara pengurusan haji Malaysia

Antara perkara yang ingin dipelajari termasuk sistem tabungan TH, aspek pengurusan jemaah dan lain-lain hal yang berkaitan

9:27 AM MYT

 

MAKKAH — Kejayaan demi kejayaan yang dilakar Lembaga Tabung Haji (TH) dalam mengelola dan mengurus jemaah haji Malaysia sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi menarik minat pihak pengurusan jemaah haji Thailand untuk mempelajarinya.

Ketua Rombongan Haji Thailand yang juga Ketua Majlis Agama Yala Abdul Baziz Chema berkata Malaysia disifatkan sebagai ‘abang’ khususnya dalam kalangan umat Islam di Selatan Thailand kerana mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan jemaah haji yang harus dicontohi negara itu.

“TH merupakan kejayaan umat Islam di Malaysia dan menjadi kewajipan kepada kami untuk mempelajarinya. Saya sangat yakin dengan menimba pengetahuan daripada TH, insya-Allah kita akan dapat menadingi perkara-perkara yang berkaitan pengurusan jemaah haji suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas mengadakan kunjungan kepada pihak pengurusan TH di Ibu Pejabat TH di sini dengan turut disertai 15 orang termasuk dari bahagian Central Islamic Counsel, Pejabat Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri Thailand.

Antara perkara yang ingin dipelajari termasuk sistem tabungan TH, aspek pengurusan jemaah dan lain-lain hal yang berkaitan.

Thailand katanya tidak mempunyai satu badan khusus yang mengawal selia segala urusan jemaah haji sebaliknya hal yang berkaitan diuruskan 88 agensi pelancongan dengan kos untuk mengerjakan haji sekitar RM40,000 tanpa sebarang subsidi.

Hal itu menyebabkan hanya 7,000 daripada 11,000 kuota yang diperuntukkan untuk umat Islam di negara itu dipenuhi.

Sementara itu Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H-2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kunjungan pihak pengurusan haji Thailand berkenaan membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dalam soal pengurusan haji.

“Kita lihat ada ruang dan peluang untuk kita adakan kerjasama dan tukar pengalaman serta pandangan tentang urusan haji setiap negara supaya dapat dipertingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan serta kemudahan yang boleh diberikan kepada jemaah haji negara masing-masing.

“Sudah tentu setiap negara mempunyai kelebihan yang boleh dipelajari dan itu yang dijadikan semangat dalam perjumpaan itu,” katanya. – 4 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related