◉ HEADLINES

Kelantan sedang gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah baharu: Exco

Draf pindaan itu telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

1:29 PM MYT

 

KOTA BHARU — Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata draf pindaan itu, telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan untuk ditubuhkan satu jawatankuasa kerja yang khusus, bagi mengkaji semula penggubalan draf cadangan.

“RUU yang dicadangkan adalah lebih komprehensif. Oleh itu, penggubalan RUU tersebut masih di peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Undang-undang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zameri Mat Nawang (PAS-Jelawat) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata penggubalan tersebut membuka ruang dan jaminan pelaksanaan keadilan kes-kes syariah melalui institusi kehakiman Mahkamah Syariah setanding institusi kehakiman Mahkamah Sivil.

“Kajian yang dinyatakan berkaitan keperluan empat atau lima peringkat mahkamah dengan mengambil kira pelaksanaan di negeri-negeri lain dari segi polisi atau perancangan masa hadapan oleh kerajaan Persekutuan untuk proses penyeragaman dan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Peningkatan itu bagi memastikan peluang rayuan kes syariah adalah dua kali iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan seterusnya ke Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi selepas Mahkamah Rayuan Syariah sedia ada,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Dr Hafidzah Mustakim (Amanah-Kota Lama) berkaitan penyelarasan dengan jawatankuasa kehakiman syariah di peringkat Persekutuan, Mohd Asri berkata kerajaan negeri sentiasa berhubung dan menjalin kerjasama dengan kerajaan dalam perkara tersebut. – 4 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related