◉ HEADLINES

Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru

Semua pihak harus faham bahawa penilaian dibuat berdasarkan nilai tanah di kawasan itu sebelum sebarang pampasan diberikan

3:07 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kerajaan bersedia berbincang mengenai permasalahan dihadapi lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur berkenaan penilaian hartanah mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dan semua pihak harus faham bahawa penilaian dibuat berdasarkan nilai tanah di kawasan itu sebelum sebarang pampasan diberikan.

“Kita melihat nilai tanah berkenaan sebelum pampasan diberikan, itu memang caranya. Penduduk yang rasa ini tidak mencukupi, mereka boleh terus melihat semakan mahkamah bagi melihat dan menilai kembali perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dokumen projek laluan susur di Presint 15, di sini hari ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad semalam dilaporkan berkata kerajaan perlu melaksanakan penilaian semula harga tanah dengan lebih adil berbanding RM450 hingga RM500 bagi setiap kaki persegi yang ditawarkan kepada lebih 100 pemilik kediaman flat dan teres terbabit.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata mesyuarat pasukan petugas untuk menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan melibatkan pihak berkepentingan antaranya arboris (pakar tumbuhan berkayu), pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

“Ia untuk membincangkan secara tuntas, mungkin ada faktor lain yang kita kena ambil kira iaitu dalam mencantikkan bandar raya, tetapi kena ada faktor keselamatan khusus perlu diambil kira termasuk spesies pokok dan kawasan tanah bagi pokok,” katanya. – 6 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related