◉ HEADLINES

Doktor direman kes cabul remaja ketika rawatan

Mangsa mengatakan diganggu secara seksual doktor terbabit semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan di hospital

8:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang doktor direman selepas didakwa melakukan cabul terhadap remaja perempuan berumur 15 tahun dalam kejadian di sebuah hospital di Perak, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 9.14 malam 4 Jun lalu di Balai Polis Bota berhubung kes itu.

“Dalam laporannya, mangsa mengatakan diganggu secara seksual doktor terbabit semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan di hospital,” katanya menerusi kenyataan.

Hafezul Helmi berkata, susulan daripada laporan polis berkenaan, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan doktor lelaki terbabit pada kira-kira 2 petang keesokannya.

Katanya, suspek ditahan dan direman bagi membantu siasatan berhubung kes cabul berkenaan.

Beliau berkata, mangsa dalam keadaan stabil dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Justeru sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian ini, boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-97 40294,” katanya. – 7 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related