◉ HEADLINES

‘Program apa ni, adakah untuk ajar bahasa Melayu’ Akmal minta DAP beri penjelasan

Ketua Pemuda Umno itu mempersoalkan tujuan program taklimat kewarganegaraan mahu diadakan sedangkan ia tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara

11:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mahu pemimpin DAP yang terlibat dalam program taklimat kewarganegaraan di Johor memberikan penjelasan berhubung program itu memandangkan ia adalah isu yang amat sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh turut menyoal sama ada program berkenaan adalah untuk mengajar bahasa Melayu bagi mendapatkan kewarganegaraan.

Program taklimat kewarganegaraan itu dijadualkan 30 Jun ini di Johor Bahru, anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Stulang, Andrew Chen Kah Eng namun telah ditunda.

“Saya nak tanya semua pemimpin DAP dalam program kewarganegaraan ini. Program yang sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia, ini program apa, adakah program ajar kelas bahasa Melayu untuk dapat kewarganegaraan?.

“Untuk belajar bahasa Melayu dalam bahasa pengantar bukan main lagi kamu tolak tapi untuk mohon program kewarganegaraan sampai tak sempat nak tunggu panggilan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), buat program sendiri,’’ katanya menerusi klip video dalam Facebooknya.

Terdahulu, Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng memaklumkan program itu ditunda, namun tidak menjelaskan sebab penangguhan.

Menurutnya, taklimat tersebut adalah berkaitan dengan isu mereka yang tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa atau sebab-sebab lain.

Selain Andrew, gambar penyelaras program kewarganegaraan Pulau Pinang, Yeap Choon Keong turut tertera dalam poster program berkenaan, yang tular hari ini.

Dalam pada itu, JPN menafikan penglibatannya dalam program permohonan kewarganegaraan tersebut dan memaklumkan tiada jemputan diterima pihaknya.

“JPN sentiasa ingin menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.

“Proses yang dilaksanakan oleh kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” tegasnya. – 8 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related