◉ HEADLINES

Pertukaran penerbangan pulang jemaah haji hanya untuk isu fiqh wanita, kesihatan

Sebarang keperluan lain akan dinilai berdasarkan kes kerana sekiranya permohonan dibuka akan beri kesan terhadap pengurusan

8:32 AM MYT

 

MAKKAH – Sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan (KT) pulang jemaah haji hanya dilakukan jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan dan fiqh wanita, kata Pengarah Operasi Makkah Lembaga Tabung Haji (TH), Rozila Omar Ali.

Beliau berkata, jadual penerbangan pulang kebiasannya telah diatur sebelum keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci lagi dengan setiap KT telah diperuntukkan jadual.

“Kebiasaannya kita akan menerima permohonan untuk perubahan kepada jadual penerbangan disebabkan keperluan fiqh wanita yang memerlukan ia ditangguhkan… ini antara kes kita akan pertimbangkan.

“Sama ada jemaah wanita berkenaan akan diiringi mahramnya atau tidak, ia bergantung kepada permohonan tersebut. Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang permohonan kerana masih di peringkat awal,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di Makkah di sini baru-baru ini.

Semasa hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijah nanti, selepas melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Suhgra, Wusta, dan Kubra, seorang jemaah haji wajib melakukan tawaf haji dan jemaah wanita perlu berada dalam keadaan bersih daripada haid sebelum melakukan ibadah itu.

Jika masih berada dalam keadaan tidak suci semasa tiba tarikh penerbangan pulang, maka mereka boleh berhubung dengan pengurusan maktab untuk dipertimbangkan pertukaran jadual penerbangan pulang kerana wajib melaksanakan tawaf berkenaan yang merupakan rukun ketiga haji.

Katanya, pertimbangan juga diberikan terhadap jemaah yang kurang sihat atau sedang mendapat rawatan di Pusat Rawatan TH atau mana-mana hospital di Arab Suadi berdasarkan terhadap syor oleh pegawai perubatan.

“Sebarang keperluan lain, akan dinilai berdasarkan kes kerana sekiranya permohonan ini dibuka akan beri kesan terhadap pengurusan. Ini kerana pengisian penerbangan dilakukan secara optimum bagi memastikan kos keseluruhan ditangani secara berkesan.

“Jika berlaku terlalu banyak pergerakan ia akan memberi impak kepada pergerakan yang lain, jadi kita tidak galakan, kita hanya beri keutamaan kepada kes-kes tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada keperluan mendesak, permohonan itu akan dibincangkan di peringkat maktab dan pengurusan, dan sekiranya tiada alasan, permohonan itu kebiasanya ditolak. – 10 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

Malaysia’s EV charging race: Build ahead of demand or let the market decide?

Economists differ on whether early government investment is needed to spur EV adoption or risks creating costly, underused infrastructure as Malaysia targets 30,000 public chargers by 2030

◉ Related