◉ HEADLINES

Penyelarasan subsidi dipersetujui PM sebelum ini namun tiada tekad politik melaksanakannya: Anwar

Perdana Menteri berkata, ini adalah satu langkah untuk menyelamatkan negara

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelan penyelarasan semula subsidi telah dipersetujui oleh Perdana Menteri sebelum ini namun tiada tekad politik untuk melaksanakannya.

Demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui, langkah itu tidak popular dan akan ‘dihentam habis-habisan’ dengan segala fitnah serta penipuan.

Bagaimanapun katanya, ia merupakan satu langkah untuk menyelamatkan negara.

“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan yang tidak popular tetapi untuk selamatkan negara. Siapa mahu penyelarasan subsidi ini? Kena tahu juga apapun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan. (Yang) pakai songkok, pakai serban, pakai jubah tapi tipu terus-menerus.

“Padahal kita beritahu, penyelarasan subsidi, semua Perdana Menteri sebelum ini telah setuju cuma tidak ada tekap politik melaksanakan dan risikonya ada, tetapi ini untuk selamatkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Semalam kerajaan menetapkan harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung ditetapkan RM3.35 seliter sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bagaimanapun kekal RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKS) 2.0 yang menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan mengesyorkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan atau ketua unit jika ‘mendiamkan’ salah laku penjawat awam yang berada di bawah tanggungjawab mereka.

“Kalau ikutkan pandangan umum, mustahil tidak tahu (salah laku pegawai atau kakitangan di bawah). Tak semestinya kita tunggu sehingga ada badan penyiasat.

“Kaedahnya diputuskan oleh KSN, KPPA, saya mahu satu keputusan tetap minggu depan bahawa ada ketetapan, ketua jabatan kena lapor (salah laku yang berlaku). Ini bukan sahaja untuk menyelamatkan imej penjawat awam tetapi kena selamatkan negara ini.

“Saya mahu Malaysia ini terkenal dengan bersih dan paling minimum rasuahnya, tidak seperti sekarang,” katanya. – 10 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related