◉ HEADLINES

Proton rancang lancar 5 model EV di bawah jenama e.Mas

Proton hari ini telah melancarkan jenama EV baharunya bernama e.MAS, bertujuan untuk meningkatkan mobiliti rakyat Malaysia dengan model EV baharunya yang akan datang

10:28 PM MYT

 

SUBANG JAYA — Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) merancang untuk melancarkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah jenama EV yang baru dilancarkan, Proton e.Mas.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata model EV pertama di bawah jenama baharu itu dijangka dilancarkan menjelang tahun 2025.

“Proton belum memutuskan garis masa (menetapkan tarikh) tetapi model pertama akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin awal 2025 atau lebih awal.

“Kami mahu memastikan penerimaan Proton EV di pasaran… dari segi volum dan model, kami akan memutuskan (untuk melancarkan lebih banyak EV) berdasarkan permintaan dan penerimaan orang ramai terhadap Proton EV,” kata Roslan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan nama dan logo jenama EV baharu Proton, e.MAS di Pusat Kecemerlangan Proton di sini hari ini.

Roslan berkata syarikat itu akan mencari harga yang sesuai untuk memasarkan Proton e.Mas EV yang akan memberi manfaat kepada orang ramai dan kerajaan.

“Selain membangunkan ekosistem automotif, kami juga diamanahkan oleh kerajaan dan pemegang saham untuk menghasilkan kereta mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

“Kami mendapati kebanyakan kereta EV di pasaran kini berada dalam julat melebihi RM100,000 dan kami sedang melihat julat harga sesuai untuk Proton, orang ramai dan kerajaan,” katanya.

Proton hari ini telah melancarkan jenama EV baharunya bernama e.Mas, bertujuan untuk meningkatkan mobiliti rakyat Malaysia dengan model EV baharunya yang akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong dalam satu kenyataan berkata jenama e.MAS dan produknya adalah lanjutan daripada tiga nilai teras Proton iaitu Teknologi Inovatif, Kebolehpercayaan dan Antarabangsa.

“Ini adalah langkah seterusnya dalam evolusi syarikat dan pada beberapa bulan yang akan datang, kami akan membuat pengumuman baru untuk membina pengiktirafan jenama dan promosi produk menjelang pelancaran Proton e.Mas EV pertama pada Disember tahun ini,” katanya. – 12 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related