◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa hari ini: Peguam

Semalam, ibu Zayn telah dibawa ke mahkamah namun tiada pengakuan bersalah, datuk dan nenek kepada mangsa turut ditahan

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam Fahmi Abd Moin kepada Scoop.

Petugas media dilihat sudah mula berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya seawal jam 7 pagi ini. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 13 Jun, 2024

Dalam pada itu, sejak jam 7 pagi tadi, suasana di luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sudah dipenuhi petugas media.

Semalam, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf telah dibawa ke mahkamah namun tiada pengakuan dibuat olehnya.

Dalam pada itu, datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan turut ditahan petang semalam.

Pasangan yang juga ibu dan bapa kepada Zaim itu ditahan jam 2.30 petang tadi di Subang Bestari.

Peguam mewakili ibu Zayn, Mahmud Jumaat, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 13 Jun, 2024

Dalam pada itu, peguam Ismanira, Mahmud Abd Jumaat tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada jam 8.50 pagi.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui butiran mengenai pertuduhan dan seksyen yang akan dikenakan ke atas ibu Zayn Rayyan itu.

“Saya dimaklumkan pagi ini untuk hadir di mahkamah, saya percaya ada sebab polis membuat keputusan untuk membuat sebarang tuduhan lewat malam tadi.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, akan ada kejutan pada hari Khamis, betul tak?,” katanya.

“Saya tidak pasti mereka akan didakwa di bawah seksyen apa. Kita kena tunggu dan lihat,’’ katanya kepada media.

Mengenai datuk dan nenek Zayn Rayyan, Mahmud berkata beliau difahamkan mereka akan ditahan reman hari ini.

“Kita akan tunggu dan lihat di bawah seksyen apa. Reman memang untuk membantu siasatan,” katanya.

Kenderaan dipercayai membawa ibu bapa dan datuk nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada 9.12 pagi tadi.

Pada 31 Mei, ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lepas.

Ia bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namun pada 7 Jun, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman yang berakhir hari ini.

Isnin lalu, Ismanira dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan di Apartment Idaman di Damansara Damai, untuk melakonkan semula kejadian yang membawa kepada kehilangan dan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan tahun lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya pada 6 Disember tahun lalu. – 13 Jun, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related