◉ HEADLINES

Menantu Muhyiddin masih belum hubungi SPRM untuk serah diri: Azam

SPRM masih lagi berusaha dengan Interpol dan pihak berkuasa lain untuk mengesannya

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum menghubungi agensi itu untuk menyerah diri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, pihaknya masih lagi berusaha mengesan ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan termasuk dengan kerjasama Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol).

“Tidak ada perkembangan, dia belum lagi dapat dikesan dan dia pun tak hubungi kita untuk menyerah diri.

“Kita masih lagi berusaha dengan Interpol dan pihak berkuasa lain untuk mengesan dia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘The Sin Of Corruption A Religious Perspective’ di Putrajaya, hari ini.

Pada Februari lalu, Azam berkata, tuduhan tanpa kehadiran menjadi pilihan akhir SPRM untuk mendakwa menantu bekas Perdana Menteri itu.

Beliau juga yakin Adlan masih boleh dikesan dan masih boleh balik ke Malaysia.

Tahun lepas, SPRM sedang mengesan Adlan dan Mansoor Saat, seorang peguam, pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd, untuk membantu siasatan dalam kes rasuah berkaitan pendaftaran, pemerolehan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Pada 9 Ogos lalu, Adlan melalui peguamnya berkata, beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua soalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan, selagi unsur ugutan dan penganiayaan terhadapnya dihapuskan.

Mansoor juga menyangkal dakwaan melarikan diri dan berkata dia meninggalkan Malaysia secara sah atas urusan perniagaan dan telah bekerjasama dengan SPRM, yang mengetahui keberadaannya.

Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Interpol. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related