◉ HEADLINES

Kurang seminit barang kemas RM27,000 lesap, polis giat buru suspek rompakan kedai emas di Pelabuhan Klang

Suspek turut mengambil dua beg tangan milik pelanggan kedai emas tersebut sebelum melarikan diri menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 warna biru

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurang seminit, barang kemas dianggarkan bernilai RM27,000 lesap selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan pistol dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pelabuhan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, suspek bertindak memegang pengawal keselamatan kedai itu sebelum membawanya masuk ke dalam premis tersebut.

Menurutnya, suspek kemudian melepaskan dua das tembakan ke lantai sebelum pelanggan di dalam premis terbabit segera melarikan diri.

“Suspek mengarahkan penjaga premis mengeluarkan barang kemas, namun tidak dituruti sebelum suspek mengambil sendiri dua gelang dan satu rantai emas di atas meja jualan dianggar bernilai RM27,000.

“Suspek turut mengambil dua beg tangan milik pelanggan premis itu sebelum melarikan diri menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 warna biru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan.

Katanya, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor hadir ke lokasi kejadian dan menemui beberapa barang kes termasuk satu kelongsong peluru.

“Suspek dipercayai seorang lelaki dewasa berbadan gempal, berbaju lengan panjang warna merah selain bertopi keledar kini giat dikesan untuk tangkapan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada masa sama, Hoong Fong turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke balai polis berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – 14 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related