◉ HEADLINES

11 suspek diambil keterangan bantu siasatan kes samun kedai emas

Kesemua mereka terdiri daripada pekerja dan pelanggan yang berada di premis berkenaan ketika kejadian

8:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan 11 individu bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjata kurang seminit di sebuah kedai emas di Pelabuhan Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, kesemua mereka terdiri daripada pekerja dan pelanggan yang berada di premis berkenaan ketika kejadian.

“Siasatan lanjut kes berkenaan masih dijalankan secara menyeluruh.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dipergiatkan,” katanya, hari ini.

Semalam, Hoong Fong berkata, seorang lelaki bersenjatakan pistol mengambil masa kurang seminit untuk melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM27,000.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, suspek bertindak memegang pengawal keselamatan kedai tersebut sebelum membawanya masuk ke dalam premis tersebut.

“Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan ke lantai sebelum pelanggan di dalam premis terbabit segera melarikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 iaitu melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan.

“Polis meminta kerjasama ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” katanya. – 15 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related