◉ HEADLINES

Simpanan RM24.2 juta lesap: 13 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan

Siasatan dan tangkapan dijalankan bermula 13 Jun lalu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 13 individu termasuk empat kakitangan bank telah ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap sebuah bank berjumlah RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dan tangkapan dijalankan bermula 13 Jun lalu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, 13 individu itu terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita berusia 22 hingga 53 tahun.

“Daripada jumlah itu, 12 ditahan di Sabah dan seorang di Perlis. Empat daripadanya adalah kakitangan bank berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, 11 daripada yang ditahan sedang direman sehingga 21 Jun ini manakala seorang lagi direman sehingga esok.

“Seorang lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Scoop sebelum ini melaporkan JSJK menerima empat laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun simpanan tetap membabitkan kerugian bernilai RM24.2 juta.

Laporan polis dibuat pemilik akaun dan kakitangan bank di Petaling Jaya, awal bulan ini memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah.

Pengeluaran mencurigakan itu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap di bank tersebut dengan kesemua pemiliknya menafikan mengetahui perkara itu, selain tidak pernah ke Kota Kinabalu bagi membuat pengeluaran seperti didakwa.

Siasatan mendapati terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan memandangkan urusan itu hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman. – 19 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related