◉ HEADLINES

Jangan jadikan isu BlackRock wayang politik: PM

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pihak boleh menegur dan mengkritik namun tidak menjadikan isu itu untuk menunjukkan siapa lebih ‘pahlawan’

3:41 PM MYT

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada upaya membatalkan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel tetapi beroperasi di negara lain.

“Baik… bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di Amerika, Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel?

“Tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan menjejaskan ekonomi negara,’’ katanya kepada media selepas solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di sini hari ini.

Anwar turut meminta supaya isu BlackRock tidak dijadikan sebagai wayang politik oleh pihak tertentu bagi menghasut rakyat.

Jelasnya, setiap pihak boleh menegur dan mengkritik namun tidak menjadikan isu itu untuk menunjukkan siapa lebih ‘pahlawan’.

“Padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini dulu, kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan Perdana Menteri tahun 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin termasuk mantan Menteri duk bising sekarang.

Menurut Anwar, rundingan dilakukan dahulu bersama Global Infrastructure Partners (GIP) sebelum syarikat itu diambil alih BlackRock pada tahun lalu.

“Ada operasi ataupun syarikat yang ada kepentingan dengan BlackRock, operasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham.

“Jadi saya sementara akan keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin khususnya di Gaza berdepan dengan siapa sahaja, tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara.

“Kalau syarikat itu dari Israel, saya tetap tegas. Itu yang saya nak jelaskan,” katanya.

Anwar berkata, Khazanah Nasional Bhd ada membuat kenyataan lengkap berkait BlackRock dan beliau memahami ada yang kurang bersetuju.

“Ada yang kurang bersetuju tidak apa, ada hak untuk tak bersetuju, tapi jangan jadikan ini wayang politik untuk menghasut.

“Tapi janganlah gunakan (isu) ini kerana orang-orang yang beri lesen kebenaran untuk kapal Israel berlabuh sekarang nak jadi jaguh.

“Saya tak mahu ungkit benda ini, sudah-sudahlah. Tapi saya harap kita bersatulah, kita boleh berbeza dalam soal seperti (PRK) Sungai Bakap, tapi dalam soal Gaza ini umat Islam termasuk Malaysia bersatulah untuk menyelamatkan umat Islam (di Palestin).

“Tapi kalau nak apa yang disebut ‘skor political point’ ini bukan tempatnya,” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related