◉ HEADLINES

Warga Singapura dalang sindiket penyeludupan punca ketirisan cukai RM3.5 bil diberkas

Individu itu juga disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat-syarikat milikannya untuk tidak dikenakan bayaran cukai

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Warga Singapura yang disyaki dalang sindiket penyeludupan terbesar barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai kira-kira RM3.5 bilion akhirnya diberkas, petang semalam.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 5 petang ketika diminta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Individu itu juga disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat-syarikat milikannya untuk tidak dikenakan bayaran cukai.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 30 Jun telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2022 hingga 2024. Siasatan awal mendapati wang tersebut telah diberikan secara tunai kepada kesemua pegawai penguat kuasa secara tunai.

“Sehingga kini dipercayai seramai 11 pegawai penguat kuasa yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini Scoop melaporkan, seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi dalang kegiatan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang dan telah beroperasi dari luar negara dengan ketirisan cukai dianggarkan sebanyak RM3.5 bilion.

Sumber memberitahu, kegiatan sindiket itu terbongkar hasil operasi dijalankan pasukan risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini.

Katanya, dalam operasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur itu, pasukan khas diketuai SPRM telah menahan 19 buah lori kontena disyaki membawa barangan lari cukai pelbagai jenis yang diseludup keluar tanpa melalui pemeriksaan.

Pada 7 Jun lalu, SPRM mengesahkan dalang sindiket penyeludupan terbesar itu adalah seorang warga Singapura.

Sumber berkata, berdasarkan kepada tangkapan ke atas tujuh individu menerusi Ops Transit, SPRM telah membekukan sembilan akaun milik syarikat dan individu terbabit. – 25 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related