◉ HEADLINES

Ya, saya sudah fail saman susulan tindakan Speaker isytihar kekosongan Dun Nenggiri: Azizi

Selain membantah keputusan Speaker, saman itu juga difailkan bagi mendapatkan pelbagai injuksi interlokutori dan pelepasan termasuk pengumuman bahawa terdapat kekosongan kerusi DUN Nenggiri, dihentikan

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan sudah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memohon pengisytiharan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, berhubung kekosongan kerusi disandangnya adalah terbatal dan tidak sah.

Bercakap kepada Scoop, Azizi berkata, permohonannya itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 4.30 petang esok.

“Ya, saya sudah fail saman… (permohonan) akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 4.30 petang esok,” katanya.

Sebelum itu, sumber memaklumkan kepada Scoop bahawa pihak peguam Azizi memfailkan saman tersebut lewat malam tadi dan mahkamah menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Katanya, selain membantah keputusan Speaker, saman itu juga difailkan bagi mendapatkan pelbagai injuksi interlokutori dan pelepasan termasuk pengumuman bahawa terdapat kekosongan kerusi DUN Nenggiri, dihentikan.

Pada masa sama, Azizi juga memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil sebarang langkah lanjut berhubung dengan surat yang dikeluarkan oleh Speaker DUN Kelantan kepadanya sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai permohonan yang dibuat.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Adun dan Bersatu mengenai keahlian Azizi yang hilang keahlian daripada parti itu.

Susulan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada Jumaat ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan. – 26 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related