◉ HEADLINES

PM bidas pembangkang isu saham MAHB-GIP, ‘saya pun tak tahu dia kira macam mana’

Lapangan terbang tidak akan diambil alih pihak luar seperti dicanang sesetengah pihak, manakala Khazanah dan KWSP masih menjadi pemegang saham utama dalam MAHB dengan 70%

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak pembangkang yang sering mengelirukan rakyat berhubung isu saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) dengan Global Infrastructure Partners (GIP).

Perdana Menteri berkata, beliau tidak memahami dakwaan pembangkang bahawa GIP akan mengambil alih sepenuhnya lapang terbang di bawah MAHB.

Tegasnya, walaupun dengan pengambilalihan tersebut, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menjadi pemegang saham utama dalam MAHB.

“Ada kata ambil alih… tak ada ambil alih lapangan terbang. Ini cuba dipesongkan pandangan rakyat. Lapangan terbang itu milik kerajaan, yang jadi isu sekarang sekarang ini pengurusan, 70% kekal.

“Dulu sebelum proses ini, 41% KWSP dan Khazanah. Dengan pengambilalihan ini 70% pegangan Khazanah dan KWSP.

“Setengah pembangkang kata… ya walaupun 30% mereka (GIP) akan ambil alih. Saya pun tak tahu dia kira macam mana,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya tidak keterlaluan dalam mempolemikkan isu BlackRock, sebuah firma asing yang dikaitkan dengan Israel sehingga menjejaskan kepentingan negara.

Tegasnya, ini kerana pendirian Malaysia mengenai isu Gaza amat jelas dan tegas berbanding negara lain.

“Pendirian kita mengenai Gaza ini, dalam sejarah dan ketimbang negara kita, kita antara paling jelas dan keras. Janganlah tuntut lebih daripada itu. Kita ini negara berkembang, kita tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara.

“Jadi setiap kali saya lakukan (lawatan ke luar negara), bila berucap depan Joe Biden (Presiden Amerika Syarikat) dan beberapa negarawan lain saya tidak lupa tanggungjawab saya. Saya pertahan prinsip ini… saya mahu negara saya selamat dan rakyat terjamin kedudukan mereka,” katanya. – 1 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related