◉ HEADLINES

Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber: Derek Fernandez

Pengapungan selama 48 jam akan membolehkan mangsa yang mengesyaki wujud penipuan mempunyai masa mencukupi untuk menghentikan transaksi

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peningkatan jumlah ancaman siber yang canggih susulan penggunaan perisian maju seperti deepfake dalam kalangan scammer memerlukan langkah perlindungan yang dipertingkat bagi melindungi transaksi awam.

Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Derek Fernandez berkata, kerajaan boleh memberi peluang untuk perlindungan dengan menawarkan pilihan tempoh bertenang lebih lama kepada mereka yang melakukan transaksi kali pertama ke akaun tidak diketahui bagi jumlah tertentu.

Beliau berkata, peraturan mudah seperti pengapungan selama 48 jam akan membolehkan mangsa yang mengesyaki wujud penipuan mempunyai masa mencukupi untuk menghentikan transaksi.

“Jika kita tidak mempunyai tempoh penimbal, wang itu akan dipindahkan ke akaun keldai dan orang ramai akan ditipu secara automatik.

“Saya percaya orang ramai harus diberi ruang untuk bernafas, sudah tentu lebih daripada 12 jam untuk memindahkan wang ke akaun lain yang melebihi jumlah minimum,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Tahunan Pemimpin-Pemimpin Antipenipuan ke-2 yang berlangsung di sini hari ini.

Fernandez berkata, langkah mudah tetapi berkesan diperlukan untuk melindungi orang ramai daripada penipuan canggih yang malah menganiaya orang yang mempunyai pengetahuan tentang penipuan dalam talian.

Beliau turut mengakui, kesemua kaedah ini mungkin tidak mampu menghapuskan semua risiko namun berpotensi melindungi sebahagian besar daripada traksaksi yang dilakukan.

Fernandez juga berkata integrasi keselamatan siber adalah komponen asas infrastruktur dan bukan hanya perbelanjaan operasi semata-mata.

“Tidak semua orang faham mengenai isu keselamatan. Keselamatan siber perlu dilihat sebagai perbelanjaan modal dan sebahagian daripada infrastruktur,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Fernandez turut menekankan peranan syarikat insurans dalam melindungi transaksi awam.

Beliau berkata, agensi atau syarikat insurans boleh mengambil bahagian untuk memberikan perlindungan tambahan kepada orang ramai bagi setiap transaksi yang dilakukan dengan memastikan pampasan diberikan jika berlaku kesilapan.

“Mengapa syarikat insurans tidak menginsuranskan transaksi digital? Melalui setiap transaksi, jumlah yang kecil dimasukkan ke dalam akaun pusat yang ditadbir oleh bank negara dan jika apa-apa berlaku, pampasan akan diberikan kepada mangsa dalam kes yang sesuai.

“Ramai orang boleh dilindungi dengan cara begini,” katanya.

Persidangan itu, yang berlangsung dua hari dari 3 hingga 4 Julai, disertai oleh lebih 46 pakar daripada pelbagai latar belakang seperti kewangan, perakaunan, pengurusan, keselamatan digital dan keselamatan siber. – 3 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related