◉ HEADLINES

Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda di Sg Bakap: Adam Adli

Cikgu Joohari tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu berdasarkan pengalaman luas ketika menjadi seorang guru

8:38 AM MYT

 

NIBONG TEBAL – Latar belakang calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin sebagai seorang pendidik diyakini mampu menambat hati golongan muda untuk memilihnya pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abd Halim berkata, ini kerana figura yang mesra disapa Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu berdasarkan pengalaman luas ketika menjadi seorang guru dan juga pengarah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

“Malah, mereka turut menjadikan beliau sebagai tokoh yang amat dihormati dan inilah kelebihan yang dimiliki Cikgu Joohari yang dekat dengan golongan muda,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Komuniti Sihat di Dewan MPKK Sungai Kechil di sini malam tadi.

Justeru beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berharap, tempoh kempen berbaki sehari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk jentera memperhebatkan lagi kempen dengan menampilkan Joohari sebagai calon paling layak untuk menjadi pemimpin kepada semua masyarakat termasuk golongan muda.

Adam Adli dalam pada itu mengakui, tidak mudah untuk mendekati golongan muda pada kempen pilihan raya kali ini.

“Mendekati mereka menerusi minat is one thing, menyakinkan mereka bahawa kita mampu untuk menjadi jawapan atau solusi kepada persoalan dan cabaran mereka terutama dalam aspek ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan dan sebagainya adalah satu perkara yang berbeza,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap, Sabtu ini menyaksikan Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – 5 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related