◉ HEADLINES

Pemimpin kanan Jemaah Islamiyah umum pembubaran kumpulan, sedia patuhi undang-undang

Perkara itu diumumkan oleh salah seorang pemimpin kumpulan militan tersebut di Bogor, Jawa Barat, Abu Rusdan menerusi video berdurasi tiga minit 10 saat

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota Jemaah Islamiyah (JI), rangkaian kumpulan militan Asia Tenggara yang didakwa menjadi dalang serangan pengeboman di Bali pada 2002 mengumumkan pembubaran kumpulan itu, akhir bulan lalu.

Laporan badan pemikir yang berpangkalan di Jakarta dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) mengesahkan ketulenan video yang memaparkan 16 pemimpin JI mengumumkan pembubaran kumpulan tersebut pada 30 Jun lalu.

Video berdurasi tiga minit 10 saat itu dibacakan Abu Rusdan, salah seorang pemimpin kumpulan itu di Bogor, Jawa Barat.

Abu Rusdan merupakan pemimpin kanan JI yang ditangkap di Bekasi pada September 2021.

Turut kelihatan dalam video itu, Para Wijayanto yang ditangkap pada 2019 kerana merekrut militan dan mengumpul dana untuk ke Syria.

Abu Rusdan berkata, pembubaran JI dipersetujui oleh majlis pemimpin kanan dan pemimpin sekolah pondok yang bergabung dengan JI.

Mereka bersetuju untuk kembali patuh kepada undang-undang kerajaan Indonesia, dan akan mengubah kurikulum semua sekolah pondok yang bergabung dengan JI supaya tidak ada lagi bahan pengajaran ekstremisme.

“Kami bersedia untuk terlibat secara aktif dalam memenuhi kemerdekaan agar bangsa Indonesia menjadi bangsa maju dan bermaruah. Kami juga bersedia mematuhi undang-undang sedia ada,” katanya.

Bagaimanapun Sidney Jones yang menulis analisis awal IPAC berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa yang mendorong tindakan 16 pemimpin kumpulan pelampau itu.

“Namun, lelaki yang menandatangani kenyataan itu mempunyai rasa hormat dan kredibiliti yang cukup dalam organisasi untuk memastikan penerimaan meluas,” katanya.

Kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda itu dituduh mendalangi beberapa serangan maut di Indonesia, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 nyawa dengan kebanyakannya pelancong asing. – 5 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related