◉ HEADLINES

PRK Sg Bakap: 3 dipanggil kes gangguan seksual terhadap wartawan wanita

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum ia dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya

2:14 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Siasatan kes seorang lelaki yang ditahan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap wartawan wanita ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berada di peringkat akhir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum ia dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

“Sehingga hari ini kami telah rekodkan keterangan tiga individu untuk bantu siasatan polis. Lelaki berusia 30-an yang ditahan itu tamat reman hari ini dan kami sedang tunggu tindakan seterusnya sama ada dia akan disambung reman atau sebaliknya.

“Hari ini juga dijalankan kawad cam terhadap suspek oleh mangsa serta saksi-saksi. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu gangguan seksual dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang media sempena PRK DUN Sungai Bakap di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.

Hamzah berkata, polis turut merampas beberapa barangan peribadi lelaki itu termasuk pakaiannya semasa kejadian untuk siasatan lanjut.

Beliau sekali lagi memberi jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara terperinci dan telus serta polis juga sedang menjalankan siasatan peranan atau pekerjaan suspek ketika berada di lokasi kejadian.

Difahamkan dakwaan gangguan seksual berkenaan berlaku di Dewan Khairat Sungai Kecil pada Rabu malam (3 Julai), ketika wartawan wanita itu sedang membuat liputan program membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden Umno.

Insiden gangguan seksual itu didakwa telah dilihat beberapa pengamal media lain sebelum lelaki yang mengaku dia adalah petugas sebuah parti politik itu ditahan. – 5 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related