◉ HEADLINES

Kartel padi, beras: KPKM tunggu hasil siasatan MyCC, minta tidak dispekulasi

Tindakan tegas juga akan dikenakan sekiranya benar ada pihak melakukan sebarang kesalahan

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ‘berjanji’ tidak akan melindungi mana-mana pihak yang disahkan terbabit dengan kartel padi dan beras.

Menerusi kenyataanya, KPKM menegaskan, kementerian itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], sekiranya didapati pihak berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712].

Ujarnya, kementerian sudah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam kajian dijalankan pihak itu terhadap industri padi dan beras negara.

Kajian itu, katanya, termasuk berhubung dakwaan wujud kartel di dalam industri terbabit.

Tegasnya, kementerian itu bekerjasama dengan memberikan segala maklumat dan maklum balas dari semasa ke semasa kepada MyCC.

“KPKM ingin memaklumkan bahawa MyCC masih menjalankan kajian terhadap industri padi dan beras di dalam negara, termasuk berhubung dakwaan wujudnya kartel di dalam industri terbabit.

“KPKM menyambut baik kajian sedang dijalankan dan menegaskan tidak akan mencampuri sebarang urusan kajian dilakukan MyCC,” katanya mengulas laporan media mengenai topik berkaitan.

Pada masa sama, KPKM memaklumkan, pihaknya masih menunggu hasil kajian yang dijalankan MyCC.

Justeru, kementerian berkenaan menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada MyCC untuk tindakan susulan.

Mengulas lanjut, KPKM berkata, susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) pada 19 Mac lalu, kementerian itu diminta meneruskan perbincangan bersama semua pemegang taruh.

Jelasnya, ia untuk memperhalusi pelan tindakan jangka panjang bagi struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik bagi memastikan industri padi dan beras adalah mampan, terutama dalam menjaga kebajikan pesawah serta kepentingan pengguna.

Malah, katanya, ia bertujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran beras dalam negara.

“Kebajikan pesawah terus menjadi keutamaan KPKM dengan meneruskan insentif dan subsidi merangkumi subsidi input, termasuk baja, benih serta racun,” katanya.

Kerajaan, ujarnya, turut menaikkan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 hingga RM500, harga lantai belian padi daripada RM1,200 per tan metrik kepada RM1,300 per tan metrik dan Insentif Pembajakan daripada RM100 kepada RM160 per hektar, selain memperkenalkan Insentif Penuaian pada kadar RM50 per hektar.

“Pada masa ini, perbincangan bersama pemegang-pemegang taruh sedang dijalankan dan kementerian berharap dapat memuktamadkan cadangan serta perincian, bagi mencari penyelesaian terbaik isu padi dan beras seperti diarahkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya. – 12 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related