◉ HEADLINES

Dasar Pendidikan Digital, Budi Madani antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat juga bakal mendengar pembentangan bacaan kali pertama empat rang undang-undang

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dasar Pendidikan Digital dan Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan melalui laman rasmi Parlimen, Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital dan jumlah sekolah di Sarawak yang telah memulakan Dasar Pendidikan Digital itu.

Dalam sesi soal jawab berkenaan Ahmad Johnie memohon penjelasan tentang keperluan dan persediaan kementerian untuk sekolah berkenaan.

Dalam sesi sama, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) akan membangkitkan persoalan tentang keperluan rakyat untuk mendaftar dalam sistem data baharu bagi bantuan diesel melalui Budi Madani dan mempersoalkan mengapa sistem sedia ada iaitu Pengkalan Data Utama (Padu), tidak digunakan.

Suhaimi juga bertanya kepada Menteri Kewangan tentang kos yang terlibat dalam membangunkan sistem Budi Madani dan kaedah perolehannya sama ada dilaksanakan secara tender terbuka atau sebaliknya.

Selain itu, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Penanaman Semula Sawit yang dahulunya pinjaman menjadi geran.

Datuk Adnan Abu Hassa (BN-Kuala Pilah) pula membangkitkan tentang inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meningkatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara bagi mengurangkan risiko ancaman jenayah kepada negara.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama empat rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024.

Turut dibentangkan ialah Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.

Selepas itu, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 bacaan kali kedua. 

Turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini adalah sesi Kamar Khas yang menyentuh Peniaga Warga Asing di Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Gangguan Sistem Unit Peranti Bimbit dalam Kalangan Nelayan.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. – 15 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related