◉ HEADLINES

Dah dua hari Muffin tak balik rumah…: Rafizi

Menurut Rafizi Ramli, ini adalah kali pertama kucing kesayangannya itu keluar rumah selepas sudah pandai memanjat

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan seekor kucing peliharaannya masih tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan sejak dua hari lalu.

Justeru, Rafizi memohon sesiapa yang terlihat kucing bernama Muffin itu, supaya menghubunginya.

Menurutnya, ia adalah kali pertama kucing kesayangannya itu keluar rumah selepas sudah pandai memanjat.

“Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

“Dah dua hari Muffin tak balik rumah, ia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar.

“Ia terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal),” katanya menerusi Facebook.

Rafizi turut memuat naik video memaparkan Muffin.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Muffin ditemui dengan selamat.

“Aku doakan semoga kucing kesayangan kembali ke pangkuan tuannya,” kata Nazri.

“Semoga cepat balik Muffinnya, sedih kalau hilang kucing ni,” ujar Anina.

“Walaupun kita berlainan pandangan politik, saya doakan Muffin kembali ke rumah YB (Yang Berhormat),” menurut Muhamad.

Ada segelintir netizen pula mengusik Rafizi mengenai tindakan kucingnya itu.

“Sapa (siapa) jumpa (Muffin) seluruh tol lebuh raya dimansuhkan,” kata Shuk.

“Dia inginkan (me time) masa menyendiri untuk hirup udara luar, tak pun cari kekasih baru tu YB,” gurau netizen.

“YB ingat Ahli Parlimen je ke boleh lompat, kucing pun boleh lompat juga YB,” respons seorang individu.

Sementara itu, ada beberapa individu menasihatkan netizen supaya tidak melampau dan ‘biadap’ apabila ada antara mereka mengutuk serta mentertawakan Rafizi dengan menyatakan, kehilangan Muffin mempunyai kaitan dengan formula tertentu dilakukannya yang tidak disukai rakyat.

“Moga jumpa semula Muffin ni, kucing dah biasa indoor (dalam rumah) tak boleh bawa diri kat luar, bermacam risiko ada, walau siapa tuannya jangan hukum pada kucing tu, doa yang baik-baik,” kata Puan Kay.

“Kesiannya, isu kucing pun dijadikan bahan politik,” komen seorang pengguna.

“Tak nak bantu jangan sampai lekehkan dia, korang orang yang baik-baik ni, doakanlah moga urusan dipermudahkan dia, bukan diperludahkan,” nasihat Syam. – 15 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related