◉ HEADLINES

Kes bunuh Farah: Proses kenal pasti punca kematian sukar kerana mayat reput di dada, muka

Atas sebab itu pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat

11:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang reput di bahagian dada dan muka menyukarkan proses untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, atas sebab itu pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

“Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya.

Semalam, Hussein mengesahkan keputusan bedah siasat mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diklasifikasi sebagai Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Susulan itu, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes itu dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta Vios berwarna merah milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Kelmarin, mayat Farah ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim.

Suspek direman bermula semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu. – 17 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related