◉ HEADLINES

Hentikan spekulasi kes Nur Farah Kartini, banyak kenyataan disebar tak benar: Ketua Polis Selangor

Mereka boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perkongsian atau penyebaran maklumat palsu, jelik serta mengancam

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak diberi amaran keras supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan pihak polis, berkait dengan mana-mana kes sedang disiasat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, amaran itu termasuk membabitkan kes penemuan mayat bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, kes wanita berusia 25 tahun itu yang ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang Hulu Selangor menyaksikan pelbagai spekulasi tidak benar dikeluarkan, sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Pihak polis menasihatkan kepada semua pengamal media dan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan mana-mana kes yang masih dalam siasatan.

“Mereka juga dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya menerusi kenyataan.

Hussein menegaskan, mana-mana orang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perkongsian atau penyebaran maklumat palsu, jelik serta mengancam.

“Mereka (pelaku) boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya. – 17 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related