◉ HEADLINES

Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM

JKM masih melihat beberapa 'pilihan' siapa yang layak dan sesuai untuk menjaganya dan ia juga bergantung kepada keadaan (perbicaraan) kes melibatkan ibu bapa kanak-kanak itu

7:08 PM MYT

 

SHAH ALAM – Adik kepada kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim berkata sehingga penjaga yang layak dan sesuai dikenal pasti kanak-kanak itu akan terus ditempatkan di rumah perlindungan JKM sebagaimana tempoh ditetapkan mahkamah.

“Kita masih melihat beberapa ‘pilihan’ siapa yang layak dan sesuai untuk menjaganya dan ia juga bergantung kepada keadaan (perbicaraan) kes melibatkan ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) JKM Selangor di sini hari ini.

Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.  

Pada 15 Jun lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata JKM dalam proses mengenal pasti penjaga multak selepas mahkamah memberikan perintah penjagaan sementara kepada JKM selama dua bulan hingga 9 Ogos.

Sebelum itu, Azmir pada 14 Jun lepas dipetik sebagai berkata kanak-kanak itu kini di bawah jagaan sementara pihak JKM selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.

Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini pada jam 12 tengah hari 5 Dis hingga jam 9.55 malam 6 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Dis 2023  sebelum mayatnya ditemukan pada keesokan hari. – 17 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related