◉ HEADLINES

SPRM Sabah tahan 3 penguatkuasa terima rasuah, terbabit sindiket ‘pasport terbang’

Semua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu, dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga anggota penguatkuasa sebuah jabatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki terbabit rasuah, sekali gus berjaya membongkar dan menumpaskan sindiket ‘pasport terbang’.

Sumber memaklumkan, usaha itu dilaksanakan menerusi Ops Fly selepas SPRM menjalankan risikan selama sebulan.

Katanya, anggota itu masing-masing disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada sindiket terbabit yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lalu.

“Semua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Semua suspek yang ditahan dipercayai melakukan perbuatan terbabit sejak 2023 hingga kini dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 setiap seorang bagi seorang pemohon,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati 100 pemohon yang terbabit dan modus operandi adalah dengan memalsukan tandatangan penerima.

Sindiket terbabit juga, ujarnya, bertindak memanipulasi sistem cap jari pemohon di mana peraturan menetapkan, pemohon perlu hadir sendiri di agensi untuk mengambil pasport diluluskan.

Bagaimanapun, katanya, anggota penguat kuasa yang terbabit, kemudian menyerahkan pasport kepada orang tengah tanpa kehadiran pemohon yang masih berada di luar negara.

“Hasil siasatan menunjukkan penguat kuasa terbabit, menerima wang rasuah daripada ejen secara pindahan wang ke akaun bank milik seorang daripada penguat kuasa yang kemudian, mengagihkan kepada rakan-rakannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah esok, bagi mendapatkan permohonan reman dan tidak menolak kemungkinan, beberapa tangkapan susulan mengenai kes ini akan dibuat,” katanya. – 17 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related