◉ HEADLINES

Keluarga lega, pengebumian jenazah Nur Farah Kartini diselesaikan hari ini

Jenazah disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang

9:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang meninggal dunia akibat dibunuh, lega kerana jenazahnya selamat dikebumikan hari ini.

Abangnya, Mohammad Farizza Azmi Abdullah, 28, ketika dihubungi Scoop berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana urusan pengebumian jenazah adiknya berjaya diselesaikan dengan lancar.

“Alhamdulillah, segalanya sudah selesai sekitar pukul 6 petang tadi. Semoga roh Allahyarham Nur Farah Kartini ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Saya berasa lega sedikit dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu dan memberikan sokongan,” katanya.

Jelasnya, dia sekeluarga bakal bertolak pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Keluarga saya yang datang dari Miri akan teruskan perjalanan pulang ke Sarawak lusa (Sabtu) nanti,’’ katanya.

Terdahulu, jenazah Farah dituntut ahli keluarganya petang tadi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.

Jenazah disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis bakal membuat permohonan untuk menambahkan tempoh reman suspek.

“Siasatan masih di peringkat awal, polis akan buat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman suspek,” katanya. – 18 Julai 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related