◉ HEADLINES

Jailani terikat ‘Aku Janji’, kena bayar ganti rugi jadi calon BN: Ab Rauf

Ketika bertanding dalam Pilihan Raya Negeri DUN Rembia, Jailani menandatangani 'Aku Janji' bersama Umno, di mana beliau akan menanggung kos yang menjadikannya sebagai wakil rakyat jika melompat parti

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu menanggung kos ganti rugi ketika menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu berdasarkan ‘Aku Janji’ yang ditandatangani dengan parti itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun enggan mengulas jumlah ganti rugi berkenaan namun semua wakil rakyat yang menjadi calon BN mengetahui mengenainya.

“Untuk menjadi Yang Berhormat pada waktu itu, Jailani menandatangani satu Aku Janji dan sedia terima syarat Umno. Ia ditandatangani serta dipersetujui di mana beliau akan menanggung kos yang menjadikan beliau sebagai wakil rakyat (jika lompat parti).

“Aku Janji ini ditandangani semua wakil rakyat. Selepas perjanjian ini dipersetujui baru parti beri watikah untuk jadi calon BN,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani telah menyertai PAS sejak Jun 2023.

Katanya, keputusan itu menyaksikan DUN Melaka kini dianggotai tiga wakil pembangkang, berbanding dua selepas PRN Melaka pada 2021.

Jailani memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket PKR dan menjadi antara seorang daripada empat Adun Pakatan Harapan (PH) yang menyokong BN mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Kemudian, beliau dikatakan dipecat PKR, sebelum menyertai Umno bagi membolehkannya bertanding semula mewakili BN pada PRN 20 November 2021.

Dalam pada itu, Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka berkata, kerajaan negeri juga akan mengkaji dan membuat semakan sama ada Jailani, yang menyertai PAS terkait dengan Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 31 Julai tahun lalu.

“Sama ada kerusi DUN Rembia itu perlu dikosongkan atau tidak, terletak kepada keputusan Speaker DUN.

“Tapi kita juga musykil kenapa selepas setahun baru pengisytiharan dibuat dan apa yang berlaku tiga hari lepas menimbulkan tanda tanya,’’ katanya. – 19 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related