◉ HEADLINES

Nur Farah Kartini dibawa ke beberapa lokasi termasuk kebun ubi sebelum dibunuh

Polis turut merakam percakapan pekerja kebun yang mengesahkan kehadiran suspek dan mangsa di lokasi pada hari kejadian

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai dibawa suspek ke beberapa lokasi termasuk sebuah kebun ubi dekat Tanjung Malim sebelum dia dibunuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim berkata, kebun ubi tersebut yang diusahakan suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun itu terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mayat Nur Farah Kartini ditemukan.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan seorang pekerja kebun terbabit yang mengesahkan kehadiran suspek dan mangsa di lokasi itu pada hari kejadian.

“Pasukan polis sedang berusaha mendapatkan keterangan saksi-saksi dan bahan bukti di lokasi itu,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Faizal dilaporkan berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malim yang dipercayai menjadi lokasi ‘persinggahan’ sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

“Ada rakaman CCTV yang jelas dan ada juga yang kurang memuaskan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 masih ditangguhkan susulan paras air yang belum kembali ke paras normal.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek yang juga kenalan kepada gadis terbabit ditahan untuk membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Pada hari yang sama, polis turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. – 20 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related