◉ HEADLINES

Rakyat Nenggiri ‘serik doh wei’: Puad sindir Annuar Musa

BN mempertaruh Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calonnya

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menggesa Tan Sri Annuar Musa memberitahu Bersatu supaya jangan silap menghantar calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, 17 Ogos ini.

Beliau secara sinis berkata, tindakan itu supaya tidak menyusahkan rakyat di Nenggiri dan pengundi di situ juga perlu menolak calon parti terbabit lebih awal.

“Annuar Musa kata calon Bersatu di Nenggiri ‘lebih matang’ berbanding calon orang muda Barisan Nasional (BN). Dia jauh lebih ‘style’, lebih baik, lebih bagus, lebih segala-galanya.

“Belum apa apa sudah cakap besar. Kita faham maksud lebih matang itu ialah calon daripada Bersatu mesti orang yang sudah berumur.

“Lebih baik beritahu Bersatu jangan silap hantar calon lagi. Menyusahkan rakyat. Nenggiri kena tolak calon daripada Bersatu awal-awal lagi. Serik doh wei (sudah serik),” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga pengarah operasi PAS bagi PRK Nenggiri berkata, Perikatan Nasional (PN) yakin calon dipertaruh gabungan itu bagi mempertahan kerusi Dun Nenggiri ‘lebih matang’ berbanding wakil BN.

Katanya, calon itu juga individu aktif dalam parti dan mempunyai pengalaman politik.

Selain itu menurut laporan, Bersatu dijangka meletakkan calon langsung iaitu seorang pegawai kerajaan Kelantan di Dabong mewakili PN.

Sumber parti itu memberitahu, pimpinan parti dikatakan cenderung memilih Sun Najaman Muhamad mempertahan Nenggiri pada PRK bulan depan.

Sebelum ini, media melaporkan Sheikh Razali Hamad yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang turut dipertimbang calon berpotensi untuk PN di Nenggiri.

BN mempertaruh Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calonnya. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related