◉ HEADLINES

Isteri lapor polis suami simpan pistol

Suspek direman selama seminggu bermula Jumaat lalu hingga 26 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penanlti lebih berat) 1971

10:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menyimpan sepucuk pistol bersama kelopak dan 18 butir peluru mengundang padah apabila dia ditahan polis Hulu Selangor pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus berkata, ‘rahsia’ suspek berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya membuat laporan kepada polis pada hari sama.

Beliau berkata, pengadu dan suaminya sebelum itu berselisih faham sejak empat tahun lalu.

“Polis Hulu Selangor melakukan serbuan sebelum menahan lelaki terbabit yang berusia 47 tahun, di sebuah rumah kira-kira jam 11 malam.

“Polis merampas dua plastik lutsinar merah dan oren, sepucuk pistol hitam jenis Styer Model GB 9MM buatan Austria, satu magazine hitam bersama 18 butir puluru hidup dan satu kotak plastik biru.

“Ujian air kencing terhadap suspek mendapati negatif dan suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama seminggu bermula Jumaat lalu hingga 26 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penanlti lebih berat) 1971,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati suspek memiliki senjata berkenaan sejak 2014.

“Menerusi rakaman percakapan, wanita itu memberitahu polis lelaki berkenaan tidak permah menakut-nakutkannya menggunakan pistol terbabit.

“Wanita itu juga memaklumkan hanya mengetahui suaminya menyimpan pistol apabila dimaklumkan anaknya yang melihat senjata itu di dalam beg ayahnya ketika hendak mengambil duit belanja sekolah.

“Selepas mengetahui perkara itu, wanita berkenaan tampil ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related