◉ HEADLINES

Kes hasutan Sanusi ditangguh dua bulan

Penangguhan itu dibuat selepas peguam Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud, memberitahu mahkamah, pihak pembelaan akan memfailkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam tempoh terdekat

10:47 AM MYT

 

SHAH ALAM – Perbicaraan kes hasutan membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dijadual bermula hari ini di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguh dua bulan.

Penangguhan itu dibuat selepas peguam Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud, memberitahu Hakim Datuk Aslam Zainuddin bahawa pihak pembelaan akan memfailkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam tempoh terdekat.

Katanya, surat representasi itu akan dihantar bagi mengkaji semula pertuduhan jenayah terhadap Sanusi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud mengesahkan bahawa AGC menerima surat itu dan tidak mempunyai bantahan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Ini adalah percubaan kedua Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri untuk mengemukakan surat perwakilan.

AGC menolak percubaan pertama dibuat Sanusi pada Mei lalu yang membawa kepada penjadualan perbicaraan ke hari ini.

Prosiding hari ini turut dihadiri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Tajuddin Abd Razak, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd Radzlan Jalaluddin, Ahmad Lutfi Awang dan Mohd Faizi Che Abu sebagai peguam bagi Sanusi.

Turut hadir, bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Selepas prosiding itu, Awang Armadajaya memberitahu petugas media bahawa pihaknya sudah menyerahkan surat representasi minggu lalu.

Bagi kes dihadapinya itu, Sanusi berdepan dua pertuduhan jenayah kerana didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya semasa ceramah politik di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 Julai tahun lalu, jam 11 malam.

Terdahulu, Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah apabila dua pertuduhan hasutan dibacakan kepadanya, berikutan pemindahan kes itu dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi pada 1 Februari lalu.

Pertuduhan beliau dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) undang-undang sama.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda RM5,000 atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – 22 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related