◉ HEADLINES

Pelaksanaan pasport 10 tahun kini pada fasa akhir

Pelaksanaan inisiatif tersebut dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang sering kali pergi ke luar negara

2:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Beliau berkata setakat ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen (JIM) sedang memperhalusi pelaksanaan pengeluaran pasport itu daripada pelbagai aspek. 

Dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Hari Imigresen 2024 di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan inisiatif tersebut dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang sering kali pergi ke luar negara. 

“Pasport lima tahun kadang banyak cop dan kelompok (sering keluar negara) ini (kita) bagi pilihan ada pasport 10 tahun, dia akan ambil dan untuk itu, dia kena bayar lebih sebab lebih muka surat.

“Kami sedang perhalusi (fine tuning), fasa-fasa akhir ini…dan akan usahakan dalam masa terdekat, “ katanya

Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor berkata pelaksanaan tempoh sah laku pasport yang panjang bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.

Sementara itu, beliau berkata JIM bertekad mengekalkan kepantasan pengeluaran pasport Malaysia iaitu selama 60 minit bagi proses secara fizikal serta memastikan ciri-ciri keselamatannya berada pada tahap terbaik.

Saifuddin Nasution berkata pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.

“Ukurannya apa dia? Siapa pegang pasport boleh mengembara tidak perlu visa, lagi banyak negara benarkan pemegang pasport masuk tanpa visa lagi berkuasa kedudukannya.

“Ciri-ciri keselamatan kita kekal, perkukuh dan tambah baik,” katanya sambil menambah jumlah pengeluaran pasport setakat 15 Julai lepas adalah sebanyak 1.45 juta.

Bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Julai lepas, Saifuddin Nasution berkata pergerakan keluar masuk warga Malaysia termasuk penduduk tetap ialah 65.5 juta orang.

“Pergerakan keluar masuk warga asing di Malaysia adalah 35.0 juta dan jumlah pekerja asing adalah 2.36 juta,” katanya. – 22 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related