◉ HEADLINES

Liga bola sepak pun tak benar syarikat minuman keras menyumbang, apa lagi sekolah: Akmal

Terdahulu, Anthony Loke Siew Fook berkata, syarikat minuman keras sudah membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sejak puluhan tahun lalu

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno memohon kerajaan supaya mempertahankan polisi sedia ada berhubung sumbangan kepada pihak sekolah meskipun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Malah ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh turut membidas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung isu sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras di sekolah.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook.

“Jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang, apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Selasa, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

Loke turut memaklumkan isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini.

Isu tersebut hangat diperkatakan selepas Ahli Parlimen Sepang yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu hadir pada satu majlis kutipan dana sekolah di Sepang melibatkan pembabitan sebuah syarikat minuman keras, yang merupakan antara penyumbang.

Aiman ketika memberikan penjelasan berkata beliau tidak diberitahu oleh penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi yang turut dihadiri syarikat pengeluar minuman keras itu.

Sumbangan itu dibuat dalam satu majlis amal bagi membuat kutipan membina dewan sekolah terbabit yang didirikan sejak 30 tahun lalu.

Sementara Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika mengulas mengenainya berkata, pengurusan sekolah diingatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan. – 24 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related