◉ HEADLINES

Derma syarikat arak: PAS mungkin tidak bersama Gerakan pada PRU-16…

Tindakan Gerakan dalam isu berkenaan sangat mengecewakan PAS

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS memberi bayangan bahawa parti itu mungkin tidak akan bersama dengan Gerakan di bawah gabungan politik serupa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 kelak.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia susulan pendirian rasmi Gerakan berhubung isu derma daripada hasil arak kepada sekolah yang hangat diperkatakan.

Menurutnya, tindakan Gerakan dalam isu berkenaan sangat mengecewakan PAS.

“Pendirian rasmi parti Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

“Jika inilah yang selalu ditonjolkan Gerakan, PRU-16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau berkata, syarikat berkaitan arak atau rokok tidak wajar dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina, memandangkan selama ini institusi pendidikan itu tidak menerima dana mencukupi daripada kerajaan untuk beroperasi.

Malah, katanya, Gerakan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang kutipan dana daripada syarikat luar, sekiranya kerajaan tidak mahu menyediakan peruntukan secukupnya kepada semua aliran sekolah.

“Kerajaan perlu memahami dan tidak sepatutnya menghalang tradisi kutipan dana yang sudah lama wujud di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Ditambah lagi dengan bantuan kerajaan yang terhad kepada SJKC, mereka hanya boleh bergantung kepada pelbagai aktiviti kutipan dana seperti jualan amal, majlis makan malam amal, konsert dan persembahan amal untuk mendapatkan dana pembangunan sekolah.

“Kutipan dana ini adalah kerja tambahan bagi cikgu di SJKC. Mana ada cikgu sanggup nak buat ini? Sekiranya tidak membenarkan kutipan itu dilakukan, sila beri peruntukan sepenuhnya kepada sekolah (aliran) ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat ahli jawatankuasa Gerakan semalam.

Isu sumbangan terbabit tercetus susulan tular gambar Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu menghadiri majlis kutipan dana di sebuah sekolah di Sepang.

Perkara itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan pelbagai pihak susulan memperlihatkan syarikat arak turut hadir dan memberi dana kepada sekolah yang dianggap tidak bermoral.

Ia sekali gus dibantah banyak pihak kerana didakwa mempromosikan amalan tidak baik dalam kalangan pelajar, selain bercanggah dengan garis panduan KPM.

Bagaimanapun, Athirah Aiman menjelaskan, beliau tidak diberitahu penganjur mengenai senarai penyumbang yang sebenarnya turut dihadiri syarikat pengeluar minuman keras, sehingga tiba di lokasi program. – 28 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related