◉ HEADLINES

Terima rasuah projek pembinaan perumahan negara, 3 individu termasuk Datuk direman

Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat pembinaan sebagai balasan kerana bersekongkol menandatangani perjanjian pembangunan tambahan Projek Pembangunan Perumahan Rumah Aspirasi Rakyat Daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB

10:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu, termasuk seorang Datuk yang juga bekas pegawai di sebuah anak syarikat milik penuh pemaju perumahan negara, direman lima hari kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan projek pembinaan di Kuantan berjumlah hampir RM110 juta.

Perintah reman selama lima hari bermula semalam sehingga 3 Ogos terhadap semua suspek itu, dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Semua suspek lelaki berkenaan berusia lingkungan 40 hingga 60-an.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek bersama seorang lagi individu, dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat pembinaan sebagai balasan kerana bersekongkol bagi menandatangani satu perjanjian pembangunan tambahan (SDA).

Rasuah itu membabitkan Projek Pembangunan Perumahan Rumah Aspirasi Rakyat Daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Semua suspek bersama seorang lagi individu dipercayai menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat pembinaan sebagai balasan kerana bersekongkol bagi menandatangani satu perjanjian pembangunan tambahan membabitkan Projek Pembangunan Perumahan Rumah Aspirasi Rakyat Daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB. – Gambar ihsan SPRM, 31 Julai, 2025

“Perjanjian yang ditandatangani ini, dipercayai mengandungi klausa berat sebelah sehingga menyebabkan SPNB menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

“Semua suspek ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 6.30 hingga 7 petang Isnin, namun seorang dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka dirakamkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tengkapan terhadap ketiga-tiga suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – 31 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related