◉ HEADLINES

Pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran

Difahamkan, semasa serangan, Ismail sedang menghadiri acara rasmi Presiden baharu Iran

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam serangan didakwa dilancarkan Israel di Tehran, Iran hari ini.

Berita sedih itu diumumkan menerusi kenyataan dari Kor Pengawal Revolusi Iran dan akaun rasmi Telegram Hamas.

Difahamkan, semasa serangan, Ismail sedang menghadiri acara rasmi Presiden baharu Iran.

Menurut laporan berita, Ismail dan seorang pengawalnya terbunuh selepas bangunan didiami mereka diserang.

Israel melakukan beberapa pembunuhan berprofil tinggi di Iran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama ketika konflik peperangan antara Israel dengan Palestin kini yang masih berterusan sejak ia tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

Situasi itu mendorong pemimpin Iran melakukan rombakan keselamatan besar-besaran, termasuk dikatakan menyingkir seorang pegawai tertinggi keselamatan.

Ismail, 61, sememangnya pemimpin kanan paling berkuasa Hamas yang menjadi sasaran tentera Israel sejak sekian lama.

Tiga anak Ismail Haniyeh iaitu Hazem, Amir dan Mohammed yang menjadi mangsa korban serangan udara Israel di Gaza. – Gambar media sosial, 31 Julai, 2024

Pada Aidilfitri lalu, Ismail mengumumkan khabar meruntun hati masyarakat dunia, apabila memaklumkan tiga anak lelakinya, iaitu Hazem, Amir dan Mohammed serta beberapa cucunya terkorban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, ketika mereka melawat kem pelarian Shati dengan kereta.

Malah, beliau kehilangan seramai 60 saudaranya yang terkorban dalam masa enam bulan perang Israel dan Palestin, termasuk 14 maut daripada serangan udara Israel ke atas rumah mereka di Gaza pada Oktober lalu.

Bercakap kepada Al Jazeera ketika itu, Ismail berkata, walaupun berdepan dugaan berat berkenaan, perjuangan Hamas berhubung gesaan gencatan senjata dan tuntutan dikembalikan hak penduduk Palestin akan diteruskan.

“Semua orang dan keluarga di Gaza, membayar dengan harga mahal untuk menuntut gencatan senjata kekal, iaitu darah dan saya seorang daripada mereka.

“Tuntutan kami jelas dan khusus. Musuh sedang ‘berkhayal’ jika mereka berfikir dengan menyasarkan anak-anak saya ketika kemuncak rundingan dan sebelum gerakan ini, ia akan mendorong Hamas mengubah kedudukan,” katanya. – 31 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related