◉ HEADLINES

Surat tuntut RM100 juta sudah diserahkan kepada Adun Rembia: Ahmad Zahid

Rabu lepas, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bersetuju memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta terhadap Muhammad Jailani

9:24 PM MYT

 

GUA MUSANG – Umno sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai PAS.

Perkara itu disahkan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Untuk Adun Rembia, letter of demand (surat tuntutan) telah dikeluarkan kepada beliau untuk beliau membayar RM100 juta kepada BN,” katanya kepada pemberita semasa program bertemu pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Kampung Jerek, di sini.

Rabu lepas, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bersetuju memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta terhadap Muhammad Jailani yang diumum Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan sah menyertai PAS sejak Jun tahun lepas.

Susulan pengumuman itu, Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata setiap wakil rakyat Umno dan BN terikat perjanjian dan aku janji yang ditandatangani mereka di hadapan Pesuruhjaya Sumpah membabitkan bon sebanyak RM100 juta.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata calon BN bagi PRK DUN Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani turut tidak terkecuali daripada menandatangani perjanjian dan aku janji berkenaan.

“Semua calon BN terikat dengan akuan sumpah dan juga perjanjian untuk tidak meninggalkan parti dan jika meninggalkan parti, bon yang harus dibayar adalah RM100 juta,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak diadakan, selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos kerana keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

Kerusi DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pemilih berdaftar, melibatkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related