◉ HEADLINES

Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserah kepada SPR

Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Speaker DUN, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, untuk itu pihak DUN Johor menyerahkan kepada SPR untuk membuat tindakan selanjutnya.

“Pagi ini saya telah memaklumkan kepada pihak SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi Dun Mohkota kerana penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

“Justeru pihak DUN Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, Scoop melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota itu meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sharifah Azizah merupakan bekas Ketua Wanita Umno Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related