◉ HEADLINES

‘Percikan api’ di atas landasan jejaskan perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling

Rapid KL telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif di antara stesen Sultan Ismail dan Sentul Timur untuk melancarkan perjalanan pengguna

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebakaran kecil yang berlaku pada salah satu komponen di landasan berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) PWTC pada jam 9.58 pagi tadi telah mengakibatkan perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan.

Rapid KL menerusi kenyataannya berkata pasukan kejuruteraan Rapid Rail kini sedang berada di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih untuk memastikan operasi berjalan lancar seperti biasa.

“Pasukan Bomba dan Polis telah tiba di lokasi kejadian pada jam 10.15 pagi untuk melakukan kawalan dan pemantauan,’’ katanya.

Sebelum ini tular sebuah video yang menunjukkan landasan LRT berhampiran PWTC terbakar sehingga mengeluarkan percikan api di media sosial.

Menerusi klip video itu, percikan api kelihatan selama beberapa saat sebelum mengeluarkan asap dari landasan tersebut.

Berikutan itu, Rapid KL telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif di antara stesen Sultan Ismail dan Sentul Timur bagi laluan Ampang/Sri Petaling untuk melancarkan perjalanan pengguna.

Sementara tren dari stesen Ampang dan Putra Heights pula, katanya, akan berpatah balik di stesen Sultan Ismail.

“Pihak Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan terima kasih di atas kesabaran para penumpang.

“Untuk sebarang bantuan, sila rujuk pegawai stesen dan anggota polis bantuan yang bertugas,” katanya. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related