◉ HEADLINES

UniSZA nafi dakwaan jual sijil akademik

"UniSZA juga sentiasa diaudit oleh Badan-Badan Akademik dan Profesional yang bertauliah bagi menjaga mutu pendidikan serta graduan yang dihasilkan."

12:12 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menafikan dakwaan berhubung penjualan sijil akademik yang dikaitkan dengan universiti itu di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini UniSZA memaklumkan pihaknya memandang serius akan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan.

“Pihak universiti sentiasa memastikan pematuhan terhadap tatakelola dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“UniSZA juga sentiasa diaudit oleh Badan-Badan Akademik dan Profesional yang bertauliah bagi menjaga mutu pendidikan serta graduan yang dihasilkan,” menurut kenyataan itu.

UniSZA berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang untuk menjaga kepentingan serta nama baik universiti dan laporan polis juga telah dibuat agar penyebaran maklumat palsu dan penerimaan maklumat yang salah oleh masyarakat awam dapat dikekang.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan kesahihan maklumat di media sosial sebelum membuat sebarang komen dan ulasan lanjut yang boleh menularkan lagi maklumat salah ini.

“UniSZA akan terus komited dalam menjaga nama baik Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia dan memastikannya tidak tercemar serta sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu tular di media sosial kenyataan seorang individu dipercayai penuntut di UniSZA yang mendakwa dia tidak lagi mahu menyambung pengajiannya kerana beranggapan program ijazah sarjana muda yang diambilnya tiada kaitan dengan matlamat hidupnya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 19 saat itu juga, lelaki tersebut turut mendakwa program ijazah sarjana muda adalah dibeli oleh penuntut apabila perlu membayar yuran pengajian dan UniSZA katanya terhutang budi dengannya atas urusan yang disifatkannya sebagai jual beli itu. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Berocca tablets’ expiration stickers unrelated to product safety, quality, says Bayer Malaysia

The new expiration date stickers observed on selected batches of Berocca Orange Flavour Effervescent Tablets are not related to any concerns over product safety or quality, said Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd.

◉ Related