◉ HEADLINES

‘Azizi mati rasa tanggungjawab sebagai wakil rakyat, tak ingat sokongan rakyat’: MB Kelantan

“PRK (Pilihan Raya Kecil) diadakan bila wakil rakyat mati, tapi wakil rakyat sini (Nenggiri) tak mati, wakil rakyat sini mati rasa, mati jugak, dia mati rasa, mati rasa tanggungjawab."

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim dianggap sebagai pemimpin ‘mati rasa tanggungjawab’, sehingga tidak mempedulikan kesusahan rakyat memenangkan beliau pada pilihan raya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, sekiranya Azizi tidak mati rasa, beliau akan bertanggungjawab dan tidak akan mengkhianati.

Katanya, amanah diberikan rakyat dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat cukup besar, justeru seharusnya ia dihargai.

“PRK (Pilihan Raya Kecil) diadakan bila wakil rakyat mati, tapi wakil rakyat sini (Nenggiri) tak mati, wakil rakyat sini mati rasa, mati jugak, dia mati rasa, mati rasa tanggungjawab.

“Mati rasa bagaimana susahnya rakyat memberi sokongan kepada beliau, memenangkan beliau bertanding mewakili PN (Perikatan Nasional) menggunakan lambang bulan dalam dua kali pilihan raya.

“Ini bukan perkara kecil, perkara besar…rakyat di sini sudah membuat satu perubahan, jadi kalau wakil rakyat di sini tak mati rasa, dia tak buat lagu (seperti) tu, dia tak lompat,” katanya.

Mohd Azizi Abu Naim dianggap sebagai pemimpin ‘mati rasa tanggungjawab’, sehingga tidak mempedulikan kesusahan rakyat memenangkan beliau pada pilihan raya. – Gambar Facebook, 9 Ogos, 2024

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video ketika berucap pada ceramah umum sempena kempen Piihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri di Unit Daerah Mengundi (UDM) Renok di Gua Musang.

Katanya, tindakan Azizi bertindak demikian mungkin kerana ingin mengejar sesuatu tetapi akhirnya ‘gagal’ umpama ‘terjatuh di dalam parit dan tidak menjangka pendiriannya menyebabkan kerusi DUN Nenggiri kosong.

Mengulas mengenai dakwaan Azizi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri semasa menjadi wakil rakyat, Nassuruddin menafikannya dengan menegaskan beliau menerima RM713,500 sebagai Adun Nenggiri.

“Hamba (saya) sebagai Menteri Besar umum kita (kerajaan negeri) akan bagi peruntukan kepada semua Adun, termasuk pembangkang dan kita bagi, bukan tak bagi, kita tidak kecek (cakap) saja walaupun peruntukan kita mungkin tak sama dengan peruktukan Persekutuan sebab kita negeri.

“Peruntukan RM713,500 untuk Adun Neggiri, untuk Ahli Parlimen kita bagi lain pula,” katanya.

Terdahulu, Azizi mendakwa beliau tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sebagai wakil rakyat.

Menurut Azizi yang dilucutkan hak sebagai ahli Bersatu pada 13 Jun lalu, Kerajaan Kelantan dicabar untuk mengemukakan bukti beliau menerima peruntukan sehingga menggelarkan dirinya tamak,” katanya. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related