◉ HEADLINES

PAS berkempen dalam keadaan tertekan di Nenggiri – Veteran Umno

Mereka melakukan taktik serangan dan fitnah kepada Umno dan BN sama ada menerusi ceramah atau media, malah risalah juga sudah disebarkan kepada pengundi Nenggiri melalui masjid

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS disifatkan sedang berkempen dalam keadaan tertekan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri apabila memilih taktik serangan fitnah terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, PAS juga menyerang agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Felcra semata-mata mahu meraih undi.

Beliau berkata, taktik digunakan PAS itu hanya mahu menutup kesilapan dan kegagalan sendiri mentadbir negeri Kelantan setelah berdekad memerintah.

“PAS berkempen di Nenggiri dalam keadaan tertekan. Taktik serangan dan fitnah kepada Umno dan BN sama ada menerusi ceramah atau media mereka. Risalah fitnah juga sudah disebarkan mereka kepada pengundi Nenggiri melalui masjid.

“Kesedar jadi sasaran serangan PAS kerana Pengerusinya adalah Setiausaha Umno Kelantan. Felcra dikatakan telah menjual kilang sebab Pengerusinya juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan manakala calon BN di Nenggiri adalah Ahli Lembaga Pengarah Felcra.

“Strategi mereka ini ialah untuk menutup kesilapan dan kegagalan sendiri mentadbir negeri Kelantan setelah berdekad memerintah.

“Mereka menggunakan taktik ‘berak atas pusu’. PAS akan mengaku tahi itu tahi mereka sekiranya memberi keuntungan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, PAS juga menyerang agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Felcra semata-mata mahu meraih undi. – Alif Omar/Scoop, 11 Ogos, 2024

Mustapha berkata, dalam keadaan tertekan ini PAS merancang untuk ‘menculik’ pengundi Orang Asli yang menjadi penyokong kuat Umno.

“PAS juga akan menyogok dan membeli undi penyokong BN dalam usaha untuk menang dengan majoriti yang lebih besar seperti keputusan PRK Sg Bakap.

“Sebab itu Sanusi (Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) sedari awal meramalkan PAS akan menang dengan majoriti 2,000 undi,” katanya.

Beliau berkata, Veteran UMNO menyeru pengundi Nenggiri khususnya ahli UMNO supaya jangan terperangkap dengan strategi kempen kotor PAS itu.

“Veteran juga menyeru semua ahli dan penyokong Bersatu supaya mengundi calun BN dan tidak bersekongkol dengan PAS yang berniat jahat untuk menafikan pembangunan Nenggiri,” katanya. – 11 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related