◉ HEADLINES

Kemalangan di PLUS: Pemandu lori maut, lebuh raya sesak sepanjang 6km

Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan sehingga kini namun laluan kontra untuk ke utara telah diaktifkan

6:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pengalihan kemalangan melibatkan lori di KM257, Lebuh Raya PLUS arah utara antara Kuala Kangsar dan Ipoh telah mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang enam kilometer, sejak kira-kira tiga jam lalu.

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kemalangan yang mengorbankan pemandu lori dan menyebabkan kecederaan pada kelindannya itu berlaku pada jam 2.21 petang selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik.

Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan sehingga kini namun laluan kontra untuk ke utara telah diaktifkan.

“Laluan kontra masih diaktifkan dari KM257.5 hingga KM256.4. Semua lorong ke utara masih terhalang. Trafik masih sesak di kedua-dua arah. Sila rancang perjalanan anda,’’ kata PLUS menerusi aplikasi X.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad memberitahu kemalangan itu melibatkan sebuah lori jenis Hino yang terbabas lalu terbalik.

“Bomba menerima panggilan pada jam 1.57 petang.

“Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Manakala seorang lagi lelaki di bahagian tempat duduk penumpang mengalami cedera ringan. – 15 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related