◉ HEADLINES

Nasib pekerja sektor informal juga perlukan pembelaan: Hassan Karim

Selain isu tangga gaji yang rendah, mereka turut dinafikan gaji minimum selain masa kerja yang panjang

2:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah pekerja tidak rasmi atau informal yang ramai di negara ini memerlukan campur tangan kerajaan bagi membela nasib golongan tersebut termasuk mereka yang ditindas dari aspek gaji.

Selain isu tangga gaji yang rendah, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, mereka turut dinafikan gaji minimum selain masa kerja yang panjang.

Golongan ini, katanya adalah mereka yang bekerja di sekolah, hospital dan klinik kerajaan sebagai tukang cuci, pengawal keselamatan serta tukang kebun.

“Langkah kerajaan naikkan gaji para pekerja kakitangan awam terutama mereka dalam golongan bergaji rendah adalah langkah yang tepat dan bagus. Ini akan membantu mewujudkan kelas menengah yang akan berkembang di Malaysia.

“Namun supaya kerajaan tidak terlepas pandang wujudnya satu kelas pekerja rakyat Malaysia sendiri yang bukan penjawat awam,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15% untuk pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala 7% kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pemberian pelarasan gaji itu akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

Mengulas lanjut, Hassan berkata pekerja ini tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta tiada jaminan pekerjaan.

“Semoga kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia dapat menolong menyelesaikan masalah pekerja informal yang ramai ini,” katanya. – 17 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related