◉ HEADLINES

PM kecewa ada yang persoal kenapa bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut merupakan satu tanggungjawab kecil yang boleh dilakukan Malaysia bagi membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman Zionis

4:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan sikap tindakan segelintir pihak tertentu yang mempersoalkan dan mencerca langkah kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera parah untuk dirawat di Malaysia.

Malah kata Anwar, ada yang turut mempertikaikan kenapa pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan dalam misi tersebut, bukannya pesawat komersil.

Sebaliknya beliau berkata, langkah tersebut merupakan satu tanggungjawab kecil yang boleh dilakukan Malaysia bagi membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

“Ada yang kata Anwar tak payah jadi Perdana Menteri Malaysia, baik jadi Perdana Menteri Palestin, nak tolong sangat.

“Apa punya sikap manusia macam ni… Orang mati terkorban, diseksa, duduknya jauh. Yang lain datang ramai. Dari Rohingya ratus ribu (datang) bukan kita usir begitu sahaja.

“Dulu pelarian Aceh ketika pergaduhan dulu. Ada juga kita simpan di sini sehingga keadaan terkawal.

“Ini tanggungjawab kecil yang upaya kita lakukan. Syukurlah kerana kita ada juga perasaan ihsan, timbang rasa untuk ringankan beban dan apalah 40 orang dibandingkan 40,000 rakyat Palestin yang ditembak ganas Zionis,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Madani Rakyat Zon Selatan di Dataran UTM, Skudai, Johor, hari ini.

Semalam, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Misi itu dilaksanakan atas arahan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, pesawat TUDM terpaksa digunakan bagi membawa rakyat Palestin yang cedera tersebut kerana misi perpindahan tersebut tidak boleh menggunakan pesawat komersial dan dilakukan atas faktor keselamatan.

“Ada tanya kenapa naik pesawat TUDM. Patut naik (pesawat) komersil. Kita ambil (rakyat Palestin) di sempadan dan syaratnya kena bawa pesawat tentera udara, malah mereka yang menaiki pesawat itu mengetahui akan risikonya,’’ katanya.

Anwar juga berkata, hubungan baik dengan Mesir merupakan antara faktor Malaysia beroleh kebenaran membawa penduduk Palestin yang cedera untuk dirawat.

“Bukalah minda. Kita negara pertama di Asia yang lakukan kerana barisan Jemaah Menteri dan kerajaan negeri Madani sepakat dan ini juga adalah atas sokongan rakyat,’’ katanya. – 17 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related