◉ HEADLINES

Umno perkenalkan PenTalk, platform untuk kongsi kejayaan dengan akar umbi

PenTalk menjadi platform untuk pemimpin Umno dalam Kerajaan Perpaduan berkongsi pencapaian mereka, di mana ada yang tidak mendapat liputan media

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno memperkenalkan segmen baru, PenTalk pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini yang menyediakan platform kepada pimpinan parti untuk berkongsi kejayaan dan pencapaian kepada ahlinya termasuk strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu juga bertujuan memberi peluang kepada menteri, timbalan menteri, ketua menteri dan menteri besar daripada Umno memberikan taklimat pencapaian mereka.

“Tahun ini PAU berbeza sedikit dari tahun lepas, yang melibatkan ketua-ketua bahagian. Kali ini, kita menyediakan platform PenTalk untuk menunjukkan pencapaian pemimpin Umno dalam Kerajaan Perpaduan, di mana ada yang tidak mendapat liputan media.

“Menerusi PenTalk, kita mahu ahli Umno mengetahui bahawa menteri-menteri dalam kerajaan Madani, iaitu Kerajaan Persekutuan, sedang berusaha untuk mencapai objektif,’’ katanya semasa majlis makan tengah hari pengarang media bersama Ketua Penerangan Umno di World Trade Centre (WTC) hari ini.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Big Boom Media yang menerbitkan Scoop, Datuk Ahirudin Attan hadir mewakili portal berita itu.

PAU 2024 bermula hari ini sehingga 24 Ogos, dengan 6,433 perwakilan dari seluruh negara terlibat.

Dalam pada itu, PenTalk bertujuan berkongsi pencapaian parti, selain persediaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Segmen awal dimulakan oleh Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Perladangan dan Komoditi yang merupakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir. – 21 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related