◉ HEADLINES

Hujan lebat beberapa jam akibatkan tanah runtuh di Taman Bunga Raya

Jabatan Penerangan WPKL memaklumkan kejadian tanah runtuh itu menyebabkan kesesakan lalu lintas menuju Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

7:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penghuni di beberapa buah rumah yang terletak berhampiran kawasan lereng bukit di Taman Bunga Raya di Jalan Genting Kelang, di sini, diarahkan mengosongkan rumah susulan kejadian tanah runtuh melibatkan sebahagian dinding penahan tanah di situ, petang ini.

Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan kejadian tersebut sehingga menjejaskan sebuah rumah, kira-kira 5.43 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Bomba, Muhammad Hasif Zakaria, meskipun setakat ini hanya sebuah rumah yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh itu, namun penghuni di rumah berdekatan turut diarahkan mengosongkan kediaman mereka.

“Setakat ni kami dimaklumkan rumah yang terlibat dengan kejadian hanya sebuah tetapi rumah-rumah yang berdekatan diarahkan oleh pihak polis untuk mengosongkan rumah disebabkan ada sedikit pergerakan tanah lagi,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi pemantauan masih dijalankan oleh pihak Bomba.

Sementara itu, Jabatan Penerangan WPKL menerusi Facebooknya memaklumkan kejadian tanah runtuh itu menyebabkan kesesakan lalu lintas menuju Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). – 22 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related